Thursday, September 24, 2009

10 tip menjadi pasangan yang baik


KURANG berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka.

Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.

Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan.

Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.

Minggu ini, Pesona berkongsi 10 tip bagaimana menjadi pasangan yang baik sekali gus memperbaiki hubungan rumah tangga atau percintaan.

1)Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2)Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3)Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4)Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5)Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7)Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8)Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9)Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10)Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak. - JULIA ISMAIL

Friday, September 18, 2009

AIDILFITRI AKAN MENJELMA

al-hamdulilah berkat kesabaran dalam bulan ramadhan akhirnya akan menjelma bulan syawal..syukur kiter kehadrat ilahi yang maha esa.memberi pelbagai nikmat., kehidupan.mercun sana sini kedegaran juga tanda hari raya aidilfiri sudah tiba.keriangan meyambut aidilfiri jelas dinanti dari sekecil anak sehinggalah pada orang tua.yang berpuasa yang tidak berpuasa juga menanti aidilfiri.
semoga didalam bulan syawal yang mulai ini membawa kecerian & memberi ketenangan pada kita semua.dikesempatan yang ada saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf pada rakan mahupon teman keluarga tercinta maaf zahir & batin.selamat hari raya aidilfitri.sekian.

Sunday, September 6, 2009

YHSERI MAJU SETAPAK LAGI



yhseri,maju stepak lagi kini memasuki bidang penyiran radio internet walaubagai pon siaran berkumandang belom sepenuh nyer 24 jam.insyallah yhserifm akan dipertingkatkan kualiti keudara dari masa ke semasa..terima kaseh kerana menyokong yhserifm dan dj sulung bertugas di konti en abnor hamizam yhserifm bandar seri jempol negeri sembilan.anda boleh mendendar yhserifm dialamat http://yhserifm.youstream.fm selamat mendengar.keriangan anda ada di yhserifm.

Sunday, August 16, 2009

majlis makan bersama staff Yh Seri Jelebu & Keluarga



Al-Hamdulilah majlis makan bersama staff yh seri jelebu & keluarga berjalan dengan penuh keriangan,di bandar seri jempol.majlis ini juga meraikan staff yh seri (perpisahan) cik rozainatul ain binti mohd kasim yang telah berkhidmat selama 3 tahun. di yh seri, jasa mu dikenang, moga cik ain mendapat rahmat dan kejayaan di masa hadapan.juga tidak dilupakan pada emir syahidin telah tamat latihan praktikal nya di yh seri jelebu moga ilmu yang (dapat) digunakan dengan sebaik mungkin tahniah diucapkan.
pada staff yh seri mari kita sama-sama perjuangkan dan meningkatkan lagi kejayaan yh seri memberi perkhidmatan servis komputer sebaik mungkin dimasa mendatang.usaha yang berterusan daripada cik norfazlin & En.Mohd Saiful memberikan perkhidmatan cemerlang juga di ucapkan terima kasih.moga-moga dengan usaha ini mendapat keberkatan sekali gus merancakkan suasana hapenning.di yh seri.kepada pelajar praktikal yang baru dengan yh seri,cik faizin,cik ct aisyah,cik sue & En.Azlee yang berada di branch yh seri bandar seri jempol, semoga kalian mendapat pelajari trouble shooting dari teknikal hingga ke perhubungan awam.dengan baik.

Tuesday, August 11, 2009

ANTI VIRUS



hari nie mains holding order anti virus 3 set untuk 9 buah komputer pejabat nyer dan pusat pemantapan aqidah order 4 set untuk 12 komputer pejabat nyer.yh seri jelebu ent.memasang anti virus tersebut dengan percuma semoga komputer anda dilindungi dari virus yg memenatkan k. c.u.

Friday, July 31, 2009

kursus fotografer & video editing



kursus fotografer oleh asfon ditaja oleh pejabat belia dan sukan daerah jelebu pada 31-07-09 sehingga 02-08-09 tahniah di ucapkan dan penyertaan terhad di khususkan 30 orang sahaja.untuk para belia jelebu.berlansung di kompleks rakan muda bandar seri jempol tahniah sekali lagi diucapankan bagi ahli jawatan kuasa yang terlibat yang menjalan tugas.Ingatan tulus ikhlas daripada presiden belia gemilang kampung simpang gelami.En.Yahya Bin Md yusoff

Thursday, July 30, 2009

jom dengar




tenang jer hati biler mendengar bacaan nyer.sama sama kiter menghayati.

Ke Unit Rekod Hospital Jelebu


hari ini, saya dan staff yh seri jelebu enterprise (Computer center) en.saiful cik faizin dan cik siti aisyah menghantar pesanan pembelian komputer one set di unit rekod Hospital Jelebu untuk puan azla.complete dengan pemasangan secara percuma diberikan dan tips tips untuk penggunaan komputer secara maxsimum.

Friday, July 24, 2009

tap tip tup dah nak puasa

esok, saya dijadualkan ke mesyuarat pemuda jelebu perwakilan cawangan simpang gelami.mesyuarat dijadualkan bermula seawal jam 8.00 pagi.moga mesyuarat berjalan lancar dan diharapkan semua pemuda pemuda jelebu yang terlibat menghadirkan diri.untuk mengikuti perkembangan terkini.

Monday, May 25, 2009

Petua Bagaimana Push Diri Anda Mengejar Matlamat






Saya andaikan Anda sudah ada matlamat saat anda membaca tips motivasi kali ini. Yah, matlamat Anda itu sudah ditulis di atas kertas dan Anda sudah sedia untuk mencapainya.

Tetapi, masalah timbul.

Anda malas, kurang bertenaga, lebih banyak mendengar cakapan negatif, kurang inspirasi bahkan terfikir nak berhenti dari berusaha, lebih baik duduk diam-diam saja.

Anda terfikir nak push diri sendiri. Anda perlu PAKSA diri Anda.

Tapi bagaimana? Saya kongsikan 5 petuanya dibawah…

Pertama, anggap matlamat yang Anda dah tu penting, sangat penting bagi Anda, ibarat nyawa serta maruah Anda bergantung padanya!

Kedua, bajetkan masa. Bagi sesetengah orang, mereka set time limit dalam sehari, seminggu, sebulan. Untuk setiap jangka masa, tetapkan matlamat-matlamat pendek yang mesti dicapai.

Ketiga, baca matlamat Anda lebih dari sepuluh kali sehari, kalau boleh setiap setengah jam dalam sehari! Ia membuat semangat Anda membara setiap kali membacanya.

Keempat, lupakan perkara lain yang kurang penting, selupa yang mungkin sampai Anda tak ingat langsung. Ini termasuk berjalan-jalan tanpa membeli satu apa, berbual kosong, melebihkan hiburan dari bekerja, melebihkan rehat dari usaha.

Friday, May 1, 2009

Mengubah Butang START Windows

Untuk mendapatkan satu-satu program pada windows anda, biasanya anda menggunakan butang “START” dan masuk ke “All Program“. Namun pernahkah anda bosan dengan perkataan “START” ini dan ingin menggantikan perkataan tersebut dengan perkataan yang anda sukai…
Persoalannya, bolehkah perkataan “START” ini ditukar..? Memang boleh… Ikuti penerangan berikut :

1. Download Resource Hacker di laman web http://www.users.on.net/johnson/resourcehacker.

2. Backup file explorer.exe yang berada di C:-Windows-. Salin file itu ke tempat lain dengan nama yang berbeza, misalnya dengan nama “explorer1.exe“. Jalankan Resource Hacker dan buka explorer.exe.

3. Pilih [String Table] dan klik dua kali untuk melihat kandungan String Table.

4. Klik dua kali lagi pada [37] dan klik sekali pada [1033]. Yang perlu diubah adalah item 578, di sana tertulis “Start” yang merupakan kata pada butang [Start].

5. Ganti kata START sesuai yang anda kehendaki dan pastikan anda tidak menggunakan ruang (space). Kemudian simpan dengan nama explorer[nama].exe di direktori C:-Windows. Misalnya, anda menggantinya dengan explorertes.exe.

6. Setelah itu, anda boleh keluar dari Resource Hacker.

7. Klik [Start] > [Run] kemudian taipkan “regedit” dan tekan [Enter].

8. Seterusnyanya masuk ke sub key HKEY_LOCAL_MACHINE-SOFTWARE-Microsoft-Windows NT-CurrentVersion-Winlogon.

9. Cari string bernama Shell, kemudian klik dua kali dan ganti niali data-nya dengan nama yang tadi anda simpan.

10. Akhir sekali klik [OK] dan keluar dari Registry Editor. Untuk melihat hasilnya restart komputer Anda.

(Sumber: PCplus)

p/s : Jika anda tidak yakin jangan cuba-cuba…he he. Saya tak pernah rasa bosan dengan perkataan START ni….ho ho

Thursday, April 30, 2009

TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Pada dasarnya, segala fungsi yang terdapat di dalam perisian Windows Xp computer anda adalah berfungsi. Namun ini bukan sesuatu yang cukup baik dalam sesetengah keadaan. Ia sebenarnya hanyalah untuk tujuan penampilan windows dan mungkin ada fungsi ini tidak di perlukan. Anda boleh mematikan beberapa fungsi yang tidak digunakan dan windows XP anda akan tetap boleh bekerja dengan baik dan mungkin lebih cepat lagi.



Untuk melakukannya, klik kanan My Computer – pilih Properties. Klik tab Advanced. Di bahagian Performance, pilih butang Settings. Di bawah tab Visual Effects, anda akan dapat melihat senarai check boxes. Pada asalnya, segalanya fungsi adalah berjalan. Anda boleh memilih dan menentukan fungsi ingin digunakan atau tidak. Sebahagian tidakan akan mengakibatkan perubahan yang besar kepada system operasi computer anda. Anda boleh mencubanya sendiri bergantung kepada kehendak anda.

Wednesday, April 29, 2009

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

RAHSIA DARI AL-QURAAN MENJADIKAN MINDA CERDAS DAN FIZIKAL CERGAS

DR MASARU EMOTO
RAHSIA DARI AL-QURAAN MENJADIKAN MINDA CERDAS DAN FIZIKAL CERGAS

2/3 atau 70% daripada anda adalah AIR. Air adalah benda (molekul) yang hidup.
Apa sahaja mesej yang terdedah kepada anda akan mengubahkan rupa bentuk molekul air dalam tubuh badan anda.

” Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
(Surah al_Anbiya : 30)

Mengapa perasaan anda berubah-ubah kadang-kadang dalam masa yang cepat.? Adakalanya anda berasa tenang, seronok, ceria ,lapang dada , gembira dan rasa puas.
Adakala juga anda rasa tertekan, bosan, marah,sedih ,gelisah dan tidak tenteram.

Mengapa hal ini boleh berlaku? Ianya adalah disebabkan molekul air dalam badan anda telah berubah-ubah.

Kajian oleh Dr Masaru Emoto terhadap kesan mesej yang di dedahkan kepada air telah mengubahkan molekul air.

Lihat beberapa perubahan molekul air sebelum dan selepas mesej disampaikan.




UCAPAN I LOVE U







UCAPAN MAKE ME SICK













HITLER







LAGU HEAVY MENTAL








LOVE AND GRATTITUDE



Ingat! Badan anda 70% adalah air. Mesej yang anda sampaikan samada bicara kendiri atau bahasa lisan yang bersuara atau perkataan-perkataan yang diucapkan oleh orang lain akan memberikan kesan pada perasaan anda.Samada bentuk molekul yang cantik atau hodoh!

Zikir kepada Allah, selawat dan bacaan Al_Quraan akan memantapkan molekul air yang terbentuk begitu indah sekali dan anda akan merasakan ketenagan yang hakiki dan amat baik untuk kesihatan fizikal dan mental anda.

Firman Allah bermaksud ” (Iaitu) orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram

Firman Allah bermaksud ” Dan sebutlah nama Tuhanmu di waktu pagi dan senja. Dan di waktu malam, hendaklah bersujud kepadanya dan bertasbih untukNya sepanjang-panjang malam”
Surah al_Insan: 25-26)

Inilah rahsianya membina kekuatan mental dan fizikal dan untuk merasakan sakinah juga kebahagiaan sampaikan mesej kepada diri kita seperti yang dinyatakan.

Hendaklah selalu menyebut perkataan yang baik-baik pada diri sendiri dan orang lain kerana tindakan anda bukan sahaja memberikan kebaikan pada diri sendiri malah orang di sekeliling anda!

Kesusahan Hidup Sebagai Motivasi Diri

Kesusahan Hidup Sebagai Motivasi Diri

Di antara kita, ada yang dibesarkan dalam keluarga susah. Ada, memang ada. Sekarang, dek kesusahan itulah dia faham erti hidup lalu berusaha serajin mungkin nak menyenangkan hidupnya. Orang yang datang dari keluarga susah, peribadinya baik, tutur katanya baik dan hidupnya serba berperancangan.

Senang untuk Anda nak senang, jika Anda bekerja keras dan tahu caranya bagaimana. Ada orang bekerja keras tapi hidupnya masih tak berubah. Memang ada cara untuk senang. Syaratnya, Anda kena cari apa cara tu, pelajari lalu aplisakan pada diri Anda.

Dalam Islam, kita disarankan supaya bekerja keras, berusaha dan berfikir. Bukti? Setiap kali azan dilaung ketika masuk waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, azan mengingatkan kita supaya terus menerus memburu kejayaan. Hayya alal falah, maksudnya “marilah menuju kejayaan”.

Sebaik-baik usaha adalah usaha yang dimulakan dengan Bismillah. Usaha yang benar-benar berhasil adalah yang dimulakan dengan solat pembuka di pagi hari. Sembahyang subuh.

Bila dah konsisten memulakan usaha selepas selesai sembahyang subuh, usaha kita akan lebih diberkati. Hasilnya cepat muncul, berkekalan, membahagiakan.

Maka dengan itu, andaikata Anda datang dari keluarga yang susah, jadikan kesusahan sebagai sumber motivasi untuk Anda berjaya dalam pelajaran, pekerjaan ataupun perniagaan. Kesusahan, dalam diam akan membuat Anda terbiasa rajin bekerja dan membentuk hati Anda supaya tabah.

Jika semuanya senang, Anda tak akan ada pendorong untuk berubah. Anda akan terpesona, lalai dan terlupa. Semuanya dah ada, bagaikan sudah tidak ada sebab untuk Anda perlu bekerja kuat.

Andaikata susah menyusahkan Anda, jangan anggap ia sebagai beban tapi anggaplah sebagai latihan persediaan untuk Anda. Orang berjaya, sebelum dia mencapai kejayaan, dia pun dulu orang susah. Tapi dia rajin berusaha, rajin bekerja sebab tubuh badannya, jiwanya dan mindanya tahan berdepan bebanan kerja.

Bila motivasi sudah sedia terbina, kekalkan ia dengan mengingat selalu tentang matlamat Anda, kemahuan Anda. Jika Anda mahu hidup senang, gambarkan ia selalu, fikirkan selalu dan imaginasikan selalu.

Biarlah kesusahan menjadi pencetus motivasi diperingkat awal saja. Untuk Anda bermotivasi pada tahap tinggi, Anda perlu mengekalkan gambaran imaginasi tentang apa yang Anda mahukan. Imaginasikan sebanyak mungkin, sejelas mungkin, sekerap mungkin.

Jangan imaginasi tentang masalah Anda, kesusahan Anda tapi berimaginasilah selalu tentang kemahuan Anda, cita-cita Anda. Itulah yang akan dimunculkan dalam hidup Anda. Peralatkan imaginasi untuk memunculkan kejayaan dalam hidup Anda hari ini, esok, lusa, sampai bila-bila jua!

SENI BERNIAGA

Bekerja Keras!
Sejarah bisnes orang cina:
“Jika dahulu berniaga air di tepi jalan , maka anaknya akan membuka restoran dan barangkali cucunya akan membuka kilang air dalam tin.”

“Jika maju lebih Berjaya daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bekerja dengan lebih kuat dan rajin”

Falsafah Bisnes Orang Cina:
“ Peniaga yang jatuh akan terasa sakit tetapi kesakitan itulah yang membuatkannya bangkit semula”

“Wang digunakan untuk menghasilkan wang”

“Kegagalan pertama tidak bisa melunturkan semangat . Sebaliknya membuatkan kita bertambah gigih.Gagal kali kedua dijadikan pengajaran. Kegagalan kali ketiga dilihat kebijaksanaan. Gagal yang seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan”

“Apabila membabitkan diri dalam perniagaan , kita perlu menetapkan matlamat bagi mendapatkan keuntungan jangka panjang”

Seni Bisnes Orang Cina

“Dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu, peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan yang mendatang.”

IMAGINASI CEMERLANG

Binalah angan-angan yang cemerlang untuk mencapai kejayaan. Membimbing pembaca menjadikan angan-angan sesuatu yang berharga dan alat untuk mencapai kecemerlangan hidup.

Angan-angan yang terarah dan cemerlang telah menjadikan ramai manusia berjaya dalam hidupnya.

Anda juga boleh berjaya hanya dengan angan-angan!