Thursday, April 30, 2009

TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Pada dasarnya, segala fungsi yang terdapat di dalam perisian Windows Xp computer anda adalah berfungsi. Namun ini bukan sesuatu yang cukup baik dalam sesetengah keadaan. Ia sebenarnya hanyalah untuk tujuan penampilan windows dan mungkin ada fungsi ini tidak di perlukan. Anda boleh mematikan beberapa fungsi yang tidak digunakan dan windows XP anda akan tetap boleh bekerja dengan baik dan mungkin lebih cepat lagi.



Untuk melakukannya, klik kanan My Computer – pilih Properties. Klik tab Advanced. Di bahagian Performance, pilih butang Settings. Di bawah tab Visual Effects, anda akan dapat melihat senarai check boxes. Pada asalnya, segalanya fungsi adalah berjalan. Anda boleh memilih dan menentukan fungsi ingin digunakan atau tidak. Sebahagian tidakan akan mengakibatkan perubahan yang besar kepada system operasi computer anda. Anda boleh mencubanya sendiri bergantung kepada kehendak anda.

Wednesday, April 29, 2009

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

RAHSIA DARI AL-QURAAN MENJADIKAN MINDA CERDAS DAN FIZIKAL CERGAS

DR MASARU EMOTO
RAHSIA DARI AL-QURAAN MENJADIKAN MINDA CERDAS DAN FIZIKAL CERGAS

2/3 atau 70% daripada anda adalah AIR. Air adalah benda (molekul) yang hidup.
Apa sahaja mesej yang terdedah kepada anda akan mengubahkan rupa bentuk molekul air dalam tubuh badan anda.

” Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
(Surah al_Anbiya : 30)

Mengapa perasaan anda berubah-ubah kadang-kadang dalam masa yang cepat.? Adakalanya anda berasa tenang, seronok, ceria ,lapang dada , gembira dan rasa puas.
Adakala juga anda rasa tertekan, bosan, marah,sedih ,gelisah dan tidak tenteram.

Mengapa hal ini boleh berlaku? Ianya adalah disebabkan molekul air dalam badan anda telah berubah-ubah.

Kajian oleh Dr Masaru Emoto terhadap kesan mesej yang di dedahkan kepada air telah mengubahkan molekul air.

Lihat beberapa perubahan molekul air sebelum dan selepas mesej disampaikan.




UCAPAN I LOVE U







UCAPAN MAKE ME SICK













HITLER







LAGU HEAVY MENTAL








LOVE AND GRATTITUDE



Ingat! Badan anda 70% adalah air. Mesej yang anda sampaikan samada bicara kendiri atau bahasa lisan yang bersuara atau perkataan-perkataan yang diucapkan oleh orang lain akan memberikan kesan pada perasaan anda.Samada bentuk molekul yang cantik atau hodoh!

Zikir kepada Allah, selawat dan bacaan Al_Quraan akan memantapkan molekul air yang terbentuk begitu indah sekali dan anda akan merasakan ketenagan yang hakiki dan amat baik untuk kesihatan fizikal dan mental anda.

Firman Allah bermaksud ” (Iaitu) orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram

Firman Allah bermaksud ” Dan sebutlah nama Tuhanmu di waktu pagi dan senja. Dan di waktu malam, hendaklah bersujud kepadanya dan bertasbih untukNya sepanjang-panjang malam”
Surah al_Insan: 25-26)

Inilah rahsianya membina kekuatan mental dan fizikal dan untuk merasakan sakinah juga kebahagiaan sampaikan mesej kepada diri kita seperti yang dinyatakan.

Hendaklah selalu menyebut perkataan yang baik-baik pada diri sendiri dan orang lain kerana tindakan anda bukan sahaja memberikan kebaikan pada diri sendiri malah orang di sekeliling anda!

Kesusahan Hidup Sebagai Motivasi Diri

Kesusahan Hidup Sebagai Motivasi Diri

Di antara kita, ada yang dibesarkan dalam keluarga susah. Ada, memang ada. Sekarang, dek kesusahan itulah dia faham erti hidup lalu berusaha serajin mungkin nak menyenangkan hidupnya. Orang yang datang dari keluarga susah, peribadinya baik, tutur katanya baik dan hidupnya serba berperancangan.

Senang untuk Anda nak senang, jika Anda bekerja keras dan tahu caranya bagaimana. Ada orang bekerja keras tapi hidupnya masih tak berubah. Memang ada cara untuk senang. Syaratnya, Anda kena cari apa cara tu, pelajari lalu aplisakan pada diri Anda.

Dalam Islam, kita disarankan supaya bekerja keras, berusaha dan berfikir. Bukti? Setiap kali azan dilaung ketika masuk waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, azan mengingatkan kita supaya terus menerus memburu kejayaan. Hayya alal falah, maksudnya “marilah menuju kejayaan”.

Sebaik-baik usaha adalah usaha yang dimulakan dengan Bismillah. Usaha yang benar-benar berhasil adalah yang dimulakan dengan solat pembuka di pagi hari. Sembahyang subuh.

Bila dah konsisten memulakan usaha selepas selesai sembahyang subuh, usaha kita akan lebih diberkati. Hasilnya cepat muncul, berkekalan, membahagiakan.

Maka dengan itu, andaikata Anda datang dari keluarga yang susah, jadikan kesusahan sebagai sumber motivasi untuk Anda berjaya dalam pelajaran, pekerjaan ataupun perniagaan. Kesusahan, dalam diam akan membuat Anda terbiasa rajin bekerja dan membentuk hati Anda supaya tabah.

Jika semuanya senang, Anda tak akan ada pendorong untuk berubah. Anda akan terpesona, lalai dan terlupa. Semuanya dah ada, bagaikan sudah tidak ada sebab untuk Anda perlu bekerja kuat.

Andaikata susah menyusahkan Anda, jangan anggap ia sebagai beban tapi anggaplah sebagai latihan persediaan untuk Anda. Orang berjaya, sebelum dia mencapai kejayaan, dia pun dulu orang susah. Tapi dia rajin berusaha, rajin bekerja sebab tubuh badannya, jiwanya dan mindanya tahan berdepan bebanan kerja.

Bila motivasi sudah sedia terbina, kekalkan ia dengan mengingat selalu tentang matlamat Anda, kemahuan Anda. Jika Anda mahu hidup senang, gambarkan ia selalu, fikirkan selalu dan imaginasikan selalu.

Biarlah kesusahan menjadi pencetus motivasi diperingkat awal saja. Untuk Anda bermotivasi pada tahap tinggi, Anda perlu mengekalkan gambaran imaginasi tentang apa yang Anda mahukan. Imaginasikan sebanyak mungkin, sejelas mungkin, sekerap mungkin.

Jangan imaginasi tentang masalah Anda, kesusahan Anda tapi berimaginasilah selalu tentang kemahuan Anda, cita-cita Anda. Itulah yang akan dimunculkan dalam hidup Anda. Peralatkan imaginasi untuk memunculkan kejayaan dalam hidup Anda hari ini, esok, lusa, sampai bila-bila jua!

SENI BERNIAGA

Bekerja Keras!
Sejarah bisnes orang cina:
“Jika dahulu berniaga air di tepi jalan , maka anaknya akan membuka restoran dan barangkali cucunya akan membuka kilang air dalam tin.”

“Jika maju lebih Berjaya daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bekerja dengan lebih kuat dan rajin”

Falsafah Bisnes Orang Cina:
“ Peniaga yang jatuh akan terasa sakit tetapi kesakitan itulah yang membuatkannya bangkit semula”

“Wang digunakan untuk menghasilkan wang”

“Kegagalan pertama tidak bisa melunturkan semangat . Sebaliknya membuatkan kita bertambah gigih.Gagal kali kedua dijadikan pengajaran. Kegagalan kali ketiga dilihat kebijaksanaan. Gagal yang seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan”

“Apabila membabitkan diri dalam perniagaan , kita perlu menetapkan matlamat bagi mendapatkan keuntungan jangka panjang”

Seni Bisnes Orang Cina

“Dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu, peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan yang mendatang.”

IMAGINASI CEMERLANG

Binalah angan-angan yang cemerlang untuk mencapai kejayaan. Membimbing pembaca menjadikan angan-angan sesuatu yang berharga dan alat untuk mencapai kecemerlangan hidup.

Angan-angan yang terarah dan cemerlang telah menjadikan ramai manusia berjaya dalam hidupnya.

Anda juga boleh berjaya hanya dengan angan-angan!